Terdapat 4 buah lokasi air tejun di Johor yang boleh anda jadikan sebagai tempat perkelahan. Kawasan air terjun kebiasaannya menjadi tumpuan orang ramai terutama pada cuti hujung minggu.

Ramai yang memilih kawasan air terjun sebagai tempat beriadah dan bersantai bersama keluarga dan rakan. Mana tidaknya, kedinginan air bukit dan keindahan alam sekitar menjadi faktor mengapa air terjun menjadi pilihan ramai.

Yang mahu bermandi manda ataupun cintakan alam semulajadi, anda boleh pilih beberapa lokasi air terjun di negeri ini.

Jauh daripada kesibukan kota sambil dikelilingi ribuan flora dan fauna serta bunyi deruan air terjun menjadikan ia sebagai tempat percutian sempurna untuk semua.

#1 Air Terjun Kota Tinggi

Antara tempat menarik di Kota Tinggi. Air terjun ini adalah tempat perkelahan kategori air terjun utama di negeri Johor. Kawasan ini tidak ubah seperti pesta pada setiap petang dan hujung minggu.

Camera 360

Salah satu sebab mengapa ia cukup digemari adalah kerana kemudahannya yang serba lengkap. Terdapat beberapa buah gelongsor dan terowong pelbagai saiz. Tarikan ini pastinya membuat kanak-kanak gembira.

Bukan itu sahaja, air terjun di sini juga bertingkat-tingkat. Setiap tingkat mempunyai paras air berbeza. Anda boleh menyewa pelampung sekiranya perlu. Jika tidak anda boleh sewa sahaja di sini. Harga pun berpatutan.

Kemudahan awam seperti tempat persalinan, tandas, wakaf, tempat duduk, dan gerai makan turut disediakan.

Lagipun, jarak Kota Tinggi dari Johor Bahru cuma 1 jam sahaja.

Alamat: 81900 Kota Tinggi Johor

#2 Air Terjun Pelepah

Air Terjun Pelepah terletak tidak jauh dari Kota Tinggi. Agak popular di kalangan warga Johor dan Singapura. Walaubagaimanapun, ia agak tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana pengunjung perlu meredah hutan. Jalannya juga agak berliku yang memaksa pengunjung memanjat curam dan sebagainya.

Kalau nak tahu, Air Terjun Pelepah ini mempunyai 12 tingkat. Anda perlu berjalan untuk ke setiap tingkat kerana kawasan air terjun yang utama adalah pada tingkat 11.

Penat pasti akan hilang setelah sampai di kawasan air terjun utama. Air terjunnya tinggi dan terus jatuh ke dalam kolam. Tingkat 11 ini sesuai untuk berkelah kerana tanahnya rata dan terdapat tapak khas untuk anda memasang khemah.

Alamat: Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor

#3 Air Terjun Gunung Ledang

Siapa tidak kenal dengan Air Terjun Gunung Ledang? Ia merupakan salah satu lokasi air terjun paling popular di Malaysia. Ada juga yang mengetahuinya melalui mitos Puteri Gunung Ledang. Bagi masih belum tahu, Air Terjung Gunung Ledang terletak di persempadanan antara 3 buah negeri iaitu Johor, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Jika anda berada di Johor, cara untuk ke Gunung Ledang adalah melalui Sagil. Air terjun ini di bawah seliaan Taman Hutan Gunung Ledang. Ini bermakna pengunjung perlu membayar tiket untuk bermandi manda di sini.

Untuk sampai ke kawasan air terjun, anda berlu mendaki sikit. Mudah sahaja sebab ada anak tangga.

Air Terjun Gunung Ledang memang mempersonakan. Kawasannya luas, bertingkat dan terdapat kolam untuk pengunjung mandi manda. Ia merupakan salah satu tempat mandi di Johor yang menjadi pilihan pelancong luar.

Aktiviti di Gunung Ledang

Selain bermandi manda, pengunjung boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti:

  • Jungle trekking
  • Kem bina semangat
  • Berkelah
  • Berkhemah
  • Mendaki gunung
  • Berbasikal sambil menyelusuri hutan

Laman web: www.johorparks.gov.my/gunung-ledang/…/taman-hutan-lagenda/

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: RM1 | Parking kereta RM2

Alamat: Sagil, 84900 Tangkak, Johor

#4 Air Terjun Gunung Hutan Lipur Gunung Pulai

Terletak kira-kira 30km dari Johor Bahru, Air Terjun Gunung Pulai merupakan lokasi terbaik untuk mereka yang ingin bersantai di hujung minggu. Keindahan kawasan air terjun yang merupakan sebahagian daripada hutan lipur ini bakal pandangan siapa sahaja.

Dalam banyak-banyak tempat mandi di Johor ini, Air Terjun Gunung pulai antara yang paling mudah diakses. Anda tidak perlu berjalan jauh atau meredah hutan.

Malah, jika bercadang untuk bermalam, anda boleh memilih untuk menginap di chalet D’ Cabin Chalet Gunung Pulai berdekatan. Bolehlah anda merasa suasana kampung dan udara bersih di sini.

Selain mandi air terjun, pengunjung juga berpeluang merasai pangalaman jungle trekking atau mendaki gunung bersama penyelia yang bertauliah.

Alamat: Kulai, Johor

Pantai menarik di Johor

Selain lokasi air terjun, Johor juga mempunyai beberapa buah pantai yang indah. Yang gemarkan aktiviti pantai dan ingin melihat pemandangan laut, admin syorkan anda bercuti di pantai-pantai di bawah.

Pantai Desaru – Terletak di Kota Tinggi, memiliki pemandangan Laut China Selatan yang indah. Apa yang membuatkan pantai ini berbeza dengan pantai yang lain adalah deretan pokok rhu yang melambai-lambai ditiup angin.

Lokasi ini tidak pernah lekang dengan pengunjung. Ada sahaja aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Pantai Air Papan – Berlatar belakangkan bukit bukau, Pantai Air Papan tidak kurang hebatnya.  Tanahnya landai dan ombaknya pula tidak bergelora. Sesuai untuk kanak-kanak mandi.

Pantai Penyabong – Merupakan kampung nelayan di Mersing. Pantai ini kurang menerima kunjungan. Jadi sesuailah kalau anda yang mahukan sedikit privacy.

Pantai Teluk Buih – Pemandangan yang menghijau, air lautnya pula jernih. Suasana sebegini bakal melengkapkan percutian anda.

Bercuti di Johor 2018 memang seronok kerana negeri ini memiliki banyak tarikan pelancongan. Sesudah melawat tempat menarik di Johor Bahru, admin sangat mengesyorkan anda supaya ke salah satu lokasi air terjun di atas. Inilah masanya untuk anda dan teman menikmati kedinginan air terjun dan keindahan alam semulajadi.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *