Pontian merupakan sebuah daerah yang terletak di kawasan barat daya negeri Johor. Kedudukannya yang menghadap Selat Melaka membuatkan Pontian memiliki tarikan pantai dan keindahan alam semulajadi. Bandar Pontian juga tenang dan ini merupakan salah satu faktor mengapa ia sesuai dijadikan tempat peranginan. Nak tahu antara tempat menarik di Pontian? Teruskan membaca artikel ini.

Jika anda dari Johor Bahru, jarak perjalanan untuk ke Pontian adalah 49 km dan mengambil masa selama 1 jam pemanduan. Anda boleh memilih untuk menaiki bas dari Terminal Larkin atau Stesen Tun Aminah JB untuk terus ke Pontian.

#1 Taman Negara Tanjung Piai

Bagi yang masib belum, Tanjung Piai merupakan Penghujung Benua Asia. Ia terletak di lokasi paling selatan negeri Johor dan bersempadanan dengan Singapura. Sebuah mercu tanda di bina pada pelantar kawasan ini.

mekarharum.blogspot.com

Tanjung Piai juga adalah sebahagian daripada Taman Negara dan tapak RAMSAR iaitu hutan bakau dan tanah berlumpur yang penting untuk ekosistem. Ia merupakan salah sebuah tempat menarik di Johor yang wajib dilawati.

Selain menyaksikan tempat ikonik ini, pengunjung juga dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti riadah di dalam Taman Negara ini. Antaranya:

  • Berkhemah
  • Memancing
  • Jungle Trekking
  • Mengelilingi hutan paya bakau

Waktu operasi: 8am – 5pm

Harga tiket: RM5

Alamat: 82030 Pontian, Johor

#2 Taman Negara Pulau Kukup

Sebuah lagi hutan paya bakau di daerah Pontian adalah Taman Negara Pulau Kukup. Menariknya ia merupakan pulau hutan bakau terbesar di dunia. Apa yang menarik di sini? Pengunjung boleh mengelilingin pulau ini dengan menaiki bot sambil menyaksikan keindahan flora dan fauna.

ujieothman.blogspot.com

Bukan senang untuk melihat pulau sebegini.

Nombor telefon: 07-6969 355 (untuk perkhidmatan bot)

Harga tiket: RM5

Alamat: Lot 139, Mukim, Air Masin,  82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia

#3 Muzium Bugis

Warga Johor sudah tidak dapat dipisahkan dengan darah Bugis. Untuk itu. Kerajaan negeri Johor mendedikasikan sebuah muzium khas bagi mendedikasikan sejarah bangsa tersebut.

Muzium Bugis mempamerkan segala informasi tentang susur galur bangsa Bugis di Johor. Pelbagai jenis pamera yang boleh anda lihat seperti adat istiadat, makanan, pakaian, artifak asli, dan sebagainya.

Jika anda mempunyai darah keturunan Bugis, wajib singgah di sini.

Harga tiket: Percuma

Waktu operasi: 10am – 6pm

Alamat: Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor

#4 Muzium Nanas

Negeri Johor memang terkenal dengan insdustri penanaman nanas. Hasil nanas dijual diseluruh negara bahkan menembusi pasaran antarabangsa. Ini bukan sahaja menyumbang kepada kewangan negara bahkan menambahkan peluang perkerjaan kepada warga Johor.

User comments

Sebuah muzium dibina untuk menceritakan tentang sejarah industri nanas di Pontian. Pengungjung dapat menyaksikan bagaimana proses penanaman nanas hinggalah ia sampai ke tangan pengguna terakhir.

Muzium ini turut menempatkan peralatan memproses nenas dan contoh produk makanan yang dihasilkan dari buah ini.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai jenis cenderamatan dan makanan di kedai yang disediakan.

Harga tiket: RM2

Waktu operasi: 9am – 5pm | Ahad – Khamis

Alamat: Jalan Pontian, Pekan Nanas, Johor, 81500, Pekan Nenas, Johor, 81500

#5 Lata Sri Pulai

Tempat menarik di Pontian seterusnya adalah Lata Sri Pulai. Ia merupakan sebuah resort dan dalam masa yang sama tempat mandi orang awam. Terdapat kolam renang yang luas bersama dengan gelongsor menarik. Ia merupakan tempat mandi di Pontian yang sering menjadi pilihan penduduk tempatan.

Bukan itu sahaja, anda juga dibenarkan memancing di kolam khas.

Landskap tempat ini agak tenang dan menyamankan. Salah satu tempat menarik di Pontian yang berbaloi untuk di kunjungi.

Anda boleh memilih untuk menginap di banglo yang disediakan di sini. Anda boleh tempah di Agoda untuk harga murah. Tempah di sini >> https://goo.gl/eL8Lt3

Harga tiket kolam mandi: Dewasa RM10 | Kanak-kanak RM5

Alamat: 4 1.Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 2, 81500 Pekan Nanas, Johor

#6 Noah’s Ark Natural Animal Sanctuary

Noah’s Ark Natural Animal Sanctuary adalah sebuah tempat menarik di Pekan Nanas. Ia merupakan sebuah pusat perlindungan haiwan yang diasaskan oleh Raymund Wee.

Pusat memberi perlindungan kepada semua jenis haiwan jalanan. Noah’s Ark menjaga, memberi makan, tempat tinggal, serta merawat kepada 700 ekor anjing, 400 kucing, 9 ekor kuda dan pelbagai spesis haiwan.

Pengunjung boleh datang dan membelai haiwan-haiwan di sini. Menariknya, anda boleh membawa pula anjing atau kucing untuk dibela.

Alamat: 81500 Pekan Nanas, Johor

#7 Taman Tepi Laut Pontian

Mencari lokasi tepi pantai di Pontian? Anda boleh ke Taman Tepi Laut Pontian yang merupakan taman rekreasi awam yang terletak di tepi pantai. Ini menjadikan taman ini indah dan lain dari yang lain.

mekarharum.blogspot.com

Taman ini menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti taman permainan, tempat duduk, laluan pejalan kaki, tandas, kiosk makanan segera, restoran, dan lain-lain. Ia menjadi lokasi riada penduduk tempatan pada waktu petang.

Rata-rata yang datang ke sini ingin meluangkan masa bersama keluarga sambil menyaksikan panorama laut yang terbentang.

Alamat: Kampung Atap, 82000 Pontian District, Johor

#8 Asam Pedas Asli Mualaf Pontian

Berkunjung ke Johor tidak akan lengkap tanpa mencuba sajian tradisi, asam pedas. Anda boleh ke Asam Pedas Pontian yang merupakan tempat makan best di Pontian.

Hidangan asam pedas yang sering menjadi pilihan ramai adalah yang berasaskan ikan merah dan sembilang. Ikan yang digunakan pula dibeli segar dari nelayan tempatan. Keenakkan asam pedas di sini menjadi sebutan ramai sehingga mendapat liputan akhbar Harian Metro.

Waktu operasi: 8am – 5pm | Tutup pada Jumaat

Alamat: Pusat Perdagangan Pontian, 82000 Pontian Kecil, Johor

#9 Mandella Seafood Restoran

Kawasan ini juga terkenal dengan perkampungan nelayan, maka banyaklah kedai makan seafood di Pontian. Antara yang paling sedap adalah di Mandella Seafood Restaurant.

Mandella Seafood Restaurant menyajikan pelbagai jenis masakan berasaskan makanan laut. Hidangan yang popular adalah tomyam, ikan kukup, siakap sambal stim, udang tepung, kangkung belacan, dan banyak lagi.

Alamat: No 47,kampung permas kelapa, kukup Pontian, Johor Darul Takzim 82300

#10 Pekan Kukup

Menariknya tentang Pekan Kukup ini adalah ia merupakan perkampungan nelayan di atas air. Sinonim dengan makanan laut segar, kerepek, keropok lekor, dan hasil kraftangan. Walaupun kebanyakan bangunan di bina di atas air, ia kelihatan moden.

Anda berpeluang ke Pulau Kukup yang diisytiharkan sebagai pulau paya bakau terbesar di dunia. Untuk ke pulau ini anda perlu menyewa bot dengan harga RM5. Perjalanan mengambil masa sekitar 5 minit sahaja.

Alamat: Kampung Sungai Durian, 82300 Kukup, Johor

Tempat tempat menarik di Pontian ini memang berbaloi untuk dikunjungi. Kebanyakkannya mempunyai nilai warisan dan keindahan alam semulajadi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *