Sebelum ini kami telah berkongsi beberapa tempat menarik di Muar. Dalam artikel kali ini JomJohor ingin menyenaraikan 10 tempat makan menarik di Muar yang kami kira anda wajib singgah.

Muar bukan sahaja menjadi salah satu daerah tumpuan pelancong kerana banyak tarikan menarik. Bahkan makanan tempatan juga tidak kurang hebatnya. Contohnya mee bandung, murtabak, dan kacang pool. 

Tempat makan ini dicadangkan oleh netizen dan penduduk tempatan.

#1 Murtabak Singapore JD

Keenakkan murtabak Singapura diketahui ramai. Tapi tak semua berpeluang ke negara jiran itu. Anda tidak perlu ke Singapura untuk menikmati hidangan itu. Restoran murabak popular di Muar adalah Murtabak Singapore JD.

Apa yang membezakan murtabak Singapore dengan yang biasa adalah lebih banyak daging dan kulitnya lebih rangup. Serta sebijik telur dipecahkan di atasnya.

Kalau nak yang lebih special, anda boleh order murtabak cheese. Di mana chedar cheese ditabur di atas murtabak untuk membangkitkan lagi rasanya. Anak-anak pasti suka.

Waktu operasi: 11.30am – 12am

Alamat: Jalan Kesang, 84000 Muar, Johor

#2 Mee Bandung Abu Bakar Hanipah

Kalau anda tanya penduduk Muar di mana mee bandung paling sedap, majoritinya akan menjawab Mee Bandung Abu Bakar Hanipah. Keenakan mee bandung di sini membuatkan ramai yang sanggup travel dari jauh hanya untuk menikmatinya.

Punyalah famous Mee Bandung Abu Bakar Hanipah sehinggakan Sultan Johor sendiri pernah beberapa kali santap di sini dan pernah dikunjungi selebriti dan orang kenamaan.

Beroperasi sejak tahun 1930 lagi, restoran ini mengekalkan rasa mee bandungnya. Kuahnya pekat dan cukup rasa, ditambah bula dengan udang dan sayur yang banyak. Mee nya juga lembut. Cukup enak dimakan panas.

Ada yang mengatakan ini adalah mee bandung original Muar. Betul ke?

Waktu operasi: 7 am – 4 pm | tutup pada Jumaat

Alamat:Jalan Abdullah, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

#3 Village Grill Cafe

Unutk yang mencari makanan Western di Muar pula, kami cadangkan anda ke Village Grill Cafe yang terletak di Kampung Parit Setongkat.

Pelbagai jenis masakan Barat yang boleh anda cuba di sini. Menu chicken chop, steak, lamb chop, burger, lasagne, spaghetti, dan lain-lain memang menjadi pilihan pelanggan.

Makanannya enak, hidangannya besar, dan ia dihias cantik bak hotel mewah.

Harganya agak mahal, tetapi masih relevan dan berbaloi dengan rasa dan portion hidangan. Tidak hairanlah sekiranya Village Grill ini tidak pernah lekang dengan kunjungan pelanggan.  

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Alamat: 152, Jalan Bakariah, Kampung Parit Setongkat, 84000 Muar

#4 Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Tempat makan malam best di Muar ini memang sentiasa penuh. Masing-masing sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati ikan bakar dan aneka seafood enak di sini.

Makanan lautnya segar dan pelanggan diberi bermacam macam pilihan. Sotong, ketam, ikan, udang, dan lala. Ia dimasak mengikut citarasa pelanggan.

Hidangan popular di sini sudah tentulah tomyam campur, sotong goreng tepung, dan siakap tiga rasa.

Waktu operasi: 5 pm – 12 am

Alamat: Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor

#5 Muar Soup House

Muar Soup House adalah restoran yang menyajikan pelbagai juadah tempatan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Nasi lemak, roti canai, mee bandung, masakan panas, dan menu utama mereka sup tulang dan gearbox.

Menikmati sup dan nasi putih pada waktu tengah hari memang sedap. Selain itu, sup istimewa inijuga dihidangkan bersama roti bakar.

Bukan sahaja makanannya yang enak, bahkan suasana restoran juga menarik. Mereka mengekalkan konsep lama atau old school dengan sentuhan moden.

Waktu operasi: 12 pm – 12 am

Alamat: 47, Jalan Sisi, Pekan Muar, 84000 Muar, Johor

#6 Pak Yahya Asam Pedas

Tempat makan menarik di Muar yang seterusnya adalah Pak Yahya Asam Pedas. Asam pedasnya cukup popular di daerah ini. Bukan sahaja sedap bahkan harganya juga berpatutan.

Pelanggan diberi banyak pilihan asam pedas dari ikan kembung, ikan merah, pari, dan lain lain. Lauk pauk lain seperti masak lemak cili api, ayam berempah, kari, dan paru goreng juga menjadi pilihan pelanggan.

Keenakan asam pedas di sini menarik perhatian warga Singapura serta mendapat liputan Tv3 dan akhbar Kosmo.

Waktu operasi: 11 am – 5 pm

Alamat: No. 1 Medan Asam Pedas, MPM, 84150 Parit Jawa, Johor

#7 Faris Kitchen

Mencari nasi lemak sedap di Muar? Singgah sahaja di Faris Kitchen yang terletak di Taman Sungai Abong Mulia. Kami pasti anda pasti akan tertarik dengan nasi lemak sotong gergasinya.

Apa yang menarik bukan sahaja saiz sotong tetapi ia dicelup dengan tepung rangup dan lembut di dalam. Sotong goreng gergasi ini kalau dimakan bersama nasi lemak memang mantap!

Nasi lemak bukanlah satu-satunya menu best di Faris Kitchen. Roti John nya juga menjadi bualan ramai. Hidangan ini lain dari roti john yang pernah anda makan. Di Faris Kitchen,roti jojn mempunyai jumlah daging yang banyak dan rasa yang sempurna.

Untuk kelainan mereka juga menyediakan roti john cheese. Jangan lupa minum air Jagung Jakarta ya?

Waktu operasi: 6 pm -12 pm

Alamat: Jalan Sungai Abong, Taman Sungai Abong Mulia, 84000 Muar, Johor

#8 Burger D’Raje

Penggemar hidangan western, terdapat sebuah lagi restoran yang anda wajib cuba. Burger D’Raje yang terletak di Jalan Temenggong Ahmad. Pelbagai jenis hidangan barat yang boleh anda cuba seperti chicken chop, steak, lamb chop, dan nachos.

Tetapi menu yang paling popular sudah tentulah burger bakar. Terdapat 10 jenis burger bakar termasuklah burger cheese leleh dan Burger XXL yang bersaiz besar.

Ais durian kepal juga tidak kurang hebatnya. Menu sebegini menjadikan Burger Di’Raje sebagai tempat menarik di Muar untuk kanak-kanak

Waktu operasi: 6 pm – 12 am

Alamat: Pos 64 Kampung Parit Raja Tengah, Jalan Temenggong Ahmad, 84000 Muar, Johor

#9 Oyster Shell Out

Kami yakin ramai pembaca blog JomJohor gemar akan hidangan seafood lambak. Jika anda berada di Muar, jangan lupa untuk singgah ke restoran Oyster Shell Out.

Restoran ini juga dikenali dengan nama ‘Shell Out Esah Best’. Pelbagai jenis set hidangan yang boleh anda pilih. Ia bergantung kepada saiz portion.

Setiap portion meliputi jagung muda, ketam, sotong, udang, lokam, lala, oyster, kerang, dan sayuran.

Hidangan seperti ini sesuai sekali untuk mereka yang ingin lepak dan bersantai bersama keluarga dan rakan.

Waktu operasi: 6.30 pm – 11 pm

Alamat: 152, Jalan Haji Omar, Taman Utama Satu, 84000 Muar, Johor

#10 Restoran Haba

Tempat sarapan pagi best di Muar kami cadangkan anda ke Restoran Haba. Breakfast style Johor, tentulah dengan satay dan lontong! Satay di sini menjadi kegemaran ramai. Pada waktu pagi memang penuh dengan pelanggan menikmati satay panas sebelum bergerak ke tempat kerja.

MUAR 01 JUN 2018. Antara gerai sate yang terdapat di Jalan Majidi, Muar. NSTP/ADI SAFRI

Selain itu lontong kuah kacang dan mee rebus juga antara hidangan utama di sini. Lontongnya agak berbeza dengan lontong di negeri lain. Lontong di Johor ditambah dengan kuang kacang di atasnya.

Waktu operasi: 7 am – 2 pm | tutup pada Khamis

Alamat: Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor

Kami tercari-cari juga kedai kacang pool di Muar yang sedap. Ramai yang suggest food court dekat stesen bas Muar. Tapi kaimi tida pasti gerai yang mana satu. Jika anda ada cadangan tempat makan menarik di Muar yang lain, boleh kongsikan dalam ruang komen di bawah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *