Daerah yang paling banyak lokasi tumpuan pelancong di negeri Johor sudah tentulah Johor Bahru (JB). Bercuti di sini banyak kelebihannya. Banyak tempat menarik di Johor Bahru yang berbaloi untuk anda kunjungi.
Ibu negeri Johor ini pesat membangun membuatkan bandar ini penuh dengan tarikan menarik. Baik dari segi hiburan, tempat rekreasi, taman tema, tempat bersejarah, serta tempat shopping.
Paling menarik anda dapat menyaksikan keindahan Singapura
Admin telah sediakan panduan lengkap untuk memudahkan percutian anda ke sana pada hujung minggu atau musim cuti sekolah nanti.
#1 Legoland
Admin rasa kalau tak masukkan Legoland dalam artikel ini memang tidak akan lengkap. Mana tidaknya, ia merupakan tama tema bertaraf antarabangsa yang diinspirasikan dari permainan kanak-kanak popular, Lego.
Legoland meliputi taman tema biasa serta taman air yang bakal memberikan keseronokkan kepada anda sekeluarga.
Legoland tidak pernah lekang dari menerima kehadiran pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.
Taman tema kering terbahagi kepada lapan bahagian iaitu:
- Lego kingdom
- Imagination
- Land of adventure
- Lego technic
- The beginning
- Lego city
- Mini Land
- Akuarium Hidupan Laut
Manakala Legoland Water Park pula meliputi:
- Beach Grill
- Beach Blaster
- Built-A-Raft
- Duplo Splash Safari
- Joker Soaker
- Lego Slide Racer
Rasai pengalaman meluncur di dalam beberapa buah gelongsor berbeza, dan bermain ombak buatan di Beach grill. Taman tema air ini merupakan salah satu tempat mandi di Johor yang popular.
Harga tiket Legoland Malaysia 2018:
- Theme park – Dewasa: RM150 | Kanak-kanak: RM130
- Water park – Dewasa: RM98 |Kanak-kanak: RM82
Alamat: 7, Jalan Legoland, Medini, 79250 Nusajaya, Johor.
#2 Sanrio Hello Kitty Town
Watak kartun Hello Kitty sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia sudah lama menjadi kegemaran ramai dek kerana kecomelannya. Jika anda berada di JB, anda berpeluang untuk ke Sanrio Hello Kitty Town di mana ia merupakan sebuah taman tema yang dipenuhi dengan Hello Kitty.
Jangan sangka ia untuk kanak-kanak sahaja tau, kerana Hello Kitty Town ini juga sesuai untuk golongan dewasa.
Hello Kitty Town yang berada di aras pertama di Puteri Harbour mempunyai ENAM tarikan menghiburkan iaitu:
- Hello Kitty Oz – Terokai pengembaraan dongeng dengan aktiviti interaktif, dan mengalami kisah keberanian dan persahabatan di Dunia Oz. Ia berlatar belakangkan alam magis dari filem klasik OZ tertapi semuanya digantikan dengan Hello Kitty. Menarik bukan?
- Wishful Studio – Anda berpeluang untuk memperagakan pakaian Hello Kitty dan merakam gambar bak supermodel. Lakukan jugak aktivit seni seperti melukis dan berpeluang membawanya pulang sebagai cenderahati.
- Hello Kitty’s House – Rasai pengalaman meneroka rumah Hello Kitty bersaiz kecil. Bukan itu sahaja, anda juga bakal diberikan tugasan untuk menyelesaikan misi yang menyeronokkan.
- Purfect Stage – Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan lakonan dan menyanyi bersama-sama Hello Kitty dan rakan-rakan di atas pentas.
- Kitty Tea Cup Ride – Menaiki tea cup ride yang comel bersama yang tersayang.
- Dream Photo Garden – Bergambar bersama figura Hello Kitty dan rakan-rakan. Abadikan gambar tersebut sebagai kenang-kenangan.
Selain itu anda berpeluang menjamu selera di Kitty cafe dan membeli cenderamata menarik.
Harga tiket: RM81 | All pass ticket: RM118 (termasuk Thomas Town)
Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor
#3 Thomas Town
Ini merupakan tempat menarik di Johor Bahru untuk anak-anak. Kerana Thomas Town bertemakan beberapa kartun popular di tv. Mereka pasti akan teruja melihat karakter animasi kegemaran muncul di dunia nyata!
Thomas Town meliputi beberapa buah kertun popular antarabangsa dan tempatan seperti:
- Thomas and Friend
- Pingu
- Bob the Builder
- Pingu
- Angelina Ballerina
- Barney and Friends
Pelbagai keseronokan dan rides yang boleh anda nikmati antaranya:
- Bertie The Bus – Menaiki bas merah dengan berlatar belakangkan dunia Thomas and Friends.
- Harold’s Helitours Ride – Helikopter comel ini bakal membawa anda melihat dunia Thomas. Berada di dalam helikopter ini membuatkan anda seperti benar benar berada dalam dunia Thomas.
- Knapford Station – Lakukan lawatan ke Stesen Knapford di atas Thomas. Pastikan juga berpose untuk kamera juga.
- Colin Crane Drop Ride – Saksikan pemandangan dari atas Island of Sodor bersama yang tersayang.
- Sodor Windmill Ride – Ferris wheel klasik akan membawa anda sekeluarga melihat Island od Sodor yang indah.
Harga tiket: RM81 | All pass ticket: RM118 (termasuk Thomas Town)
Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor
#4 Jalan Tan Hiok Nee
Jalan Tan Hiok Nee diwartakan sebagai kawasan kejiranan tertua di Johor dan ia masih terpelihara hingga ke hari ini.
Anda pasti akan terpukau akan senibina bangunan di sepanjang jalan. Bangunan-bangunan lama ini mempunyai unsur senibina China dan pada zaman kolonial.
Apa yang ada di sini? Banyak restoran menarik, kafe hipster, dan kedai pakaian untuk anda kunjungi.
Disebabkan ia terlalu cantik, Jalan Tan Hiok Nee menjadi tempat menarik untuk photoshoot di Johor Bahru.
Alamat: Jalan Tan Hiok Nee Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
#5 Kwong Siew Heritage Gallery
Galeri ini mempamerkan informasi dan artifak tentang kedatangan rakyat China ke Johor pada zaman dahulu. Bagi mereka Johor Bharu adalah tempat untuk memulakan hidup baharu.
Banyak peralatan pertukangan, kostume opera China, barang kemas, dokumen, dan gambar lama di simpan di sini.
Menarik juga untuk anda lihat kerana ia sangat bermakna untuk bangsa Cina dan sejarah negara.
Waktu operasi: No. 24 Jalan Siu Nam, 80000 Johor Bahru, Johor Malaysia.
Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2
Alamat: No. 24 Jalan Siu Nam, 80000 Johor Bahru, Johor Malaysia.
#6 Zoo Johor
Jika anda bercuti bersama anak-anak, lawatan ke zoo pasti akan menggembirakan mereka. Kunjungi Zoo Johor yang terletak di Taman Istana, kerana zoo ini menempatkan lebih 100 spesis haiwan.
Haiwa-haiwan liar dan ekzotik seperti gorila, haimau, singa, dan lain-lain pasti akan mengujakan sesiapa sahaja.
Untuk pengetahuan, Zoo Johor merupakan antara zoo tertua di Malaysia. Tetapi ia masih kukuh dan dibaik pulih dari masa ke semasa.
Jika bertuah, anda boleh menyaksikan demonstrasi haiwan pada waktu wakti tertentu.
Harga tiket: RM3
Waktu operasi: 8.30 am – 6 pm
Alamat: Jalan Gertak Merah, Taman Istana, 80000 Johor Bahru, Johor
#7 Johor Premium Outlets
Salah satu sebab mengapa anda perlu bercuti di Johor Bahru adalah kerana daerah ini mempunyai banyak tempat shopping. Yang paling popular sudah tentu Johor Premium Outlets.
Johor Premium Outlets(JPO) merupakan pusat membeli-belah yang memfokuskan fesyen dan pakaian dari jenama terkemuka. Ini merupakan cawangan pertama sebelum ia dibuka di Genting Higlands.
Sejak ia beroperasi, tidak pernah lekang dari menerima kehadiran pengunjung baik dari dalam mahupun luar negara.
Banyak butik jenama terkenal yang boleh anda temui di sini seperti Levis, Prada, Coach, Victoria’s Secret, dan banyak lagi. Selain shopping, nikmati hidangan istimewa di cafe dan restoran yang ada.
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Jalan Premium Outlets Indahpura, 81000 Kulai, Johor
#8 Kuso Trick Art Gallery
Melawat galeri 3D memang menyeronokkan. Mana tidaknya, di sini terdapat pelbagai lukisan menarik yang nampak nyata jika dilihat dari sudut berlainan.
Lukisan-lukisan seperti inilah membolehkan anda mengambil pelbagai jenis gambar. Sesuai sekali untuk merakam memori bersama keluarga.
Kuso Trick Art Gallery merupakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru 2018. Memang hangat! Terdapat 5 jenis tema iaitu Be Funny, Excitement Scene, Horror Room, Romantic Love and Sweet Moment. Setiap tema memaparkan gambar berbeza. Pasti seronok dapat bergambar dengan pelbagai gaya. Dapatlah anda memuat naik ke media sosial nanti.
Harga tiket: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM12 |Bawah 110cm Percuma
Waktu operasi: 11 am – 8 pm
Alamat: 83-02, Jalan Mutiara Emas 10/2, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
#9 Danga Bay
Tempat menarik di Johor Bahru yang seterusnya adalah Danga Bay. Kawasan ini mempunyai pemandangan teluk yang menakjubkan. Anda boleh menyaksikan bot-bot dan kapal kontena lalu-lalang yang membuktika Johor memang sangat pesat dengan aktiviti perdagangan.
Danga Bay boleh dikatakan tempat untuk kelas atasan. Ini kerana terdapat banyak restoran mewah. Selain itu ia juga mempunyai tempat rekreasi dan pusat membeli-belah, Danga City Mall.
Alamat: Danga Bay, 80200 Johor Bahru, Johor
#10 Laser Battle
Salah satu tempat hiburan atau permainan yang sedang hangat sekarang adalah Laser Tag. Ia seakan paintball tetapi anda tidak perlu merasa sebarang kesakitan kerana hanya menggunakan pistol elektronik yang mengeluarkan cahaya semata.
Berkonsepkan futuristik, pemain perlu memakai baju elektronik dan diberi pistol laser yang mempunyai warna berbeza dengan pemain.
Seolah-olah berada di medan perang, pemain perlu mengatur strategi untuk mengalahkan musuh.
Walaupun perlu ‘menembak’ rakan, permainan ini sudah tentu dapat mengeratkan silaturahim.
Harga tiket: 2 game RM35 seorang | 2 game RM45 seorang
Waktu operasi: 10am – 10pm
Alamat: 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
#11 Pasar Karat Johor Bahru
Apabila malam menjelma, maka banyaklah gerai-gerai yang dibuka. Lain pula yang berlaku di Jalan Sengget kerana terdapat pasar malam yang hanya mengkhususkan barangan lama atau antik sahaja. Ia dikenali sebagai Pasar Karat (Rusty Market).
Jika anda seorang pengumpul barangan lama, kunjungan ke Pasar Karat pasti mengujakan. Banyak barangan lama yang masih elok dijual. Ia terdiri daripada peralatan elektrik, perhiasan, alat muzik, aksesori dan sebagainya.
Pakaian bundle dan peralatan terpakai pun ada dijual.
Waktu operasi: Isnin – Jumaat 6pm to 12am | Sabtu – Ahad 7.30pm to 12am
Alamat: 26, 20, Jalan Segget, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
#12 Kilang Bateri
Kilang Bateri menjadi tempat lepak di JB yang popular walaupun ia baharu sahaja beroperasi. Kenapa namanya ‘Kilang Bateri’? Ini kerana ia merupakan bekas kilang bateri jenama Eveready.
Kini kilang tersebut diubah suai menjadi tempat terkumpulnya cafe dan premis perniagaan yang menarik. Senang cerita, ia kini merupakan tempat hipster di JB.
Banyak kedai pakaian dan aksesori menarik yang dibuka seperti Super Sunday dan StickyBox. Kebanyakkannya menjual pakaian yang mengikut trend masa kini.
Selain itu, banyak cafe hipster yang boleh anda pilih. Antara hidangan yang boleh anda nikmati di sini adalah makanan Western, Korean, masakan tempatan, milkshake, ice blanded, dan banyak lagi.
Waktu operasi: 12pm – 12am
Alamat: No, 83, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor
#13 Downtown Ride
Salah satu cara untuk benar-benar melihat tempat menarik di Johor Bahru adalah dengan menunggang basikal bersama Downtown Ride. Mereka menawarkan perkhidmatan ‘tourist guide’ tetapi dengan menggunakan basikal.
Anda akan dibawa mengelilingi bandar JB untuk melihat pemandangan dan mercu tanda menarik.
Akan tetapi kanak-kanak di bawah umut 12 tahun tidak dibenarkan ikut serta, kerana ia memerlukan anda melalui jalan berliku dan kemungkinan akan mendaki bukit.
Menarik untuk anda lakukan bersama rakan-rakan!
Hubungi: 016-2559094 untuk tempahan
Waktu operasi: 7am – 7pm
Alamat: Kampung Bahru, Johor Bahru, Johor
#14 Austin Heights & Adventure Park
Selain Legoland, Austin Heights & Adventure Park merupakan sebuah taman tema yang menarik untuk dikunjungi di JB. Tetapi permainan di Austin Heights menguji tahap adrenaline anda.
Terdapat pelbagai halangan yang perlu anda lalui seperti halangan bertali, gelongsor, dan laluan bengkang-bengkok yang sukar.
Jika anda datang bersama anak kecil, usah khuatir kerana banyak aktiviti yang sesuai dan selamat untuk kanak-kanak.
Harga tiket: Dewasa RM88 | Kanak-kanak RM78
Waktu operasi: 10 am – 6 pm
Alamat: 71, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
#15 Angry Birds Park
Siapa yang tidak kenal dengan permainan video menerusi telefon pintar, Angry Birds? Permainan ini cukup terkenal dan dimainka oleh semua golongan. Luangkan masa anda untuk berhibur di dalam taman tema khas iaitu Ang Birds Park.
Memasuki Angry Birds Park dan bermain di dalamnya membuatkan anda seolah-olah berada di dalam permainan tersebut. Ini kerana setiap item dan ride bertemakan Angr Birds.
Harga tiket: Dewasa RM75| Kanak-kanak RM60
Waktu operasi: 10 am – 10 pm
Alamat: Level 3 KOMTAR JBCC, Centre,, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
#16 Taman Merdeka
Taman merdeka merupakan sebuah taman rekreasi berlandskap indah untuk orang awam. Ia direka khas untuk rakyat Johor bersenam dan menghirup udara segar. Terdapat taman permainan, trek jogging, tasik buatan, dan dataran yang luas untuk lepak.
Selain bersenam taman ini sedikit sebanyak memberikan info tentang kesukaran negara ini untuk mencapat kemerdekaan.
Terdapat 9 buah taman berbeza dan setiap satunya menceritakan bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan melalui papan tanda.
Alamat: Jln Datin Halimah, 80200 Johor Bahru, Johor
#17 Stadium Larkin
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau Stadium Larkin kini menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan negeri Johor. Sejak kelab bola sepak Johor Darul Takzim diberi nafas baru pada 2013, pasukan kebanggaan rakyat negeri ini sering mencipta kejuaraan baik dalam liga tempatan mahupun peringkat Asia.
Bukan itu sahaja, teknologi dan fasiliti yang digunakan oleh pasukan JDT juga bertaraf antarabangsa dan sama dengan pasukan dari Eropah.
Untuk itu, ia dibuka untuk tatapan menyokong JDT serta peminat bola sepak tempatan. Pengunjung berpeluang melihat bilik persalinan, padang latihan, menjejakkan kaki di padang bola, serta membeli merchandise JDT melalui tour yang disediakan.
Alamat: Jalan Dato Jaafar, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
#18 Salahuddin Bakery
Kedai roti legend ini dibuka pada 1937 lagi dan sejak dari itu roti dan pastri di sini menjadi kegemaran rakyat Johor Bahru. Masih mengekal konsep asal kedai, anda boleh nampak yang ia benar-benar oldschool.
Namun keenakkan rotinya tidak pernah berubah. Malah, ada yang sanggup beratur untuk menikmati roti di sini. Roti yang menjadi kegemaran ramai adalah Roti Naik, karipap yang berbentuk segitiga, dan roti berkrim.
Alamat: 26, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Hotel menarik di Johor Bahru
- Bliss Boutique Hotel – harga dari RM155
- 1 Tebrau Suites – RM154
- Holiday Villa Johor Bahru City Centre – harga rari RM270
- Potpourri Boutique Hotel – harga dari RM105
Untuk menempah anda boleh menggunakan laman menempah seperti Booking dan Agoda untuk harga terendah.
Tempat menarik di Kota Tinggi
- Desaru Coast Adventure Waterpark
- Muzium Kota Tinggi
- Kota Tinggi Firefly Park
- Air Terjun Kota Tinggi
Tempat menarik di Kulai
- Star Fish Leisure Farm
- Upside Down Warm House
Tempat menarik di Batu Pahat Johor
- Wet World Batu Pahat
- Pantai Minyak Beku
- Taman Rekreasi Y
Tempat menarik di Pasir Gudang
- TS Wonderland Indoor Water Park
- Muzium Layang-Layang
- Taman Pertanian Kong-kong
- Sarang Buaya Tanjung Langsat
Tempat menarik di Johor Bahru ini boleh dikatakan sesuai untuk seisi keluarga. Jadi memilih JB sebagai lokasi percutian merupakan pilihan ideal. Atau ada lagi tempat menari yang admin tidak tahu? Kongsikang di ruang komen di bawah.