Puteri Harbour merupakan sebuah pusat hiburan keluarga yang popular di Nusajaya, Johor Bahru. Di dalamnya menempatkan hotel, shopping mall dan dua buah taman tema indoor yang bertaraf antarabangsa. Tertubuhnya pusat hiburan seperti ini menyumbang kepada peningkatan jumlah pelancong. Kalau nak tahu, Pearl Harbour Indoor Theme Park menawarkan dua tarikan utama iaitu Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town.
Kedua-dua tarikan ini mensasarkan golongan kanak-kanak tetapi ini tidak bermakna orang dewasa tidak boleh berseronok di dalamnya. Pelbagai keseronokan yang boleh didapati di bawah satu bumbung. Tambahan pula ia merupakan indoor theme park atau taman tema tertutup. Pengunjung tidak perlu risau akan cuaca panas terik atau hari hujan.
Bagaimana hendak ke Puteri Harbour? Sekiranya anda dari Johor Bahru, perjalanan untuk ke sini hanya mengambil masa selama 19 minit pemanduan sahaja. Anda dari Kuala Lumpur? Perjalanan Cuma memakan masa sekitar 3 jam sahaja. Tidak ada masalah untuk anda ‘balik hari’.
Ingin tahu lebih lanjut apa yang menarik di Puteri Harbour Johor dan, ketahui juga harga tiket Puteri Harbour family theme park.
Sanrio Hello Kitty Town
Siapa tidak kenal akan watak animasi Hello Kitty? Kini anda boleh melawat sebuah taman indoor di mana segala apa yang ada di dalamnya bertemakan Hello Kitty. Ia merupakan taman tema Hello Kitty yang pertama di binar luar dari Jepun.
Anda perlu buang sangkaan yang taman tema ini hanya untuk kanak-kanak sahaja. Ini kerana tarikan yang ada di dalamnya juga sesuai untuk orang dewasa.
Hello Kitty Town yang berada di aras pertama ini mempunyai ENAM tarikan menghiburkan iaitu:
- Hello Kitty Oz – Terokai pengembaraan dongeng dengan aktiviti interaktif, dan mengalami kisah keberanian dan persahabatan di Dunia Oz. Ia berlatar belakangkan alam magis dari filem klasik OZ tertapi semuanya digantikan dengan Hello Kitty. Menarik bukan?
- Wishful Studio – Anda berpeluang untuk memperagakan pakaian Hello Kitty dan merakam gambar bak supermodel. Lakukan jugak aktivit seni seperti melukis dan berpeluang membawanya pulang sebagai cenderahati.
- Hello Kitty’s House – Rasai pengalaman meneroka rumah Hello Kitty bersaiz kecil. Bukan itu sahaja, anda juga bakal diberikan tugasan untuk menyelesaikan misi yang menyeronokkan.
- Purfect Stage – Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan lakonan dan menyanyi bersama-sama Hello Kitty dan rakan-rakan di atas pentas.
- Kitty Tea Cup Ride – Menaiki tea cup ride yang comel bersama yang tersayang.
- Dream Photo Garden – Bergambar bersama figura Hello Kitty dan rakan-rakan. Abadikan gambar tersebut sebagai kenang-kenangan.
Selain itu anda berpeluang menjamu selera di Kitty cafe dan membeli cenderamata menarik.
Harga tiket: RM63 | All pass ticket: RM92 (termasuk Thomas Town) – TEMPAH DI SINI
Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor
Thomas Town
Puteri harbour attractions yang seterusnya adalah Thomas Town. Admin yakin anda semua kenal dengan animasi keretapi berwarna biru yang comel ini.
Tetapi Thomas And Friends bukan satu-satunya karakter dari rancangan kanak-kanak popular yang boleh anda temui di sini.
Karakter kanak-kanak tempatan dan global popular seperti Lat the Kampung Boy dan karakter The Little Big Club termasuklah Pingu, Bob the Builder, Pingu, Angelina Ballerina, dan Barney.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai LIMA aktiviti menarik di Thomas Town iaitu:
- Bertie The Bus – Menaiki bas merah dengan berlatar belakangkan dunia Thomas and Friends.
- Harold’s Helitours Ride – Helikopter comel ini bakal membawa anda melihat dunia Thomas. Berada di dalam helikopter ini membuatkan anda seperti benar benar berada dalam dunia Thomas.
- Knapford Station – Lakukan lawatan ke Stesen Knapford di atas Thomas. Pastikan juga berpose untuk kamera juga.
- Colin Crane Drop Ride – Saksikan pemandangan dari atas Island of Sodor bersama yang tersayang.
- Sodor Windmill Ride – Ferris wheel klasik akan membawa anda sekeluarga melihat Island od Sodor yang indah.
Restoran McBunn’s Cafe yang di inspirasikan dari Thomas and Friends juga disediakan untuk anda makan dan minum.
Harga tiket: RM81 | All pass ticket: RM118 (termasuk Thomas Town)
Waktu operasi: 10am – 6pm | tutup pada Selasa
Alamat: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor
Jika anda berminat untuk ke kedua theme park ini, pastikan anda aware dengan Puteri Harbour theme park promotion. Sebab kadang kala mereka mengadakan promosi dengan menawarkan harga rendah.
Puteri Harbour Bar
Selain taman tema, banguna Puteri Harbour turut menempatkan restoran dan bar mewah. Kebanyakkan menu agak mahal dan pastikan anda mempunyai bajet yang mencukupi.
Kesemua tarikan yang ada di Puteri Harbour ini merupakan tempat menarik di Johor yang sering menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Puteri Harbour theme park menawarkan keseronokkan bukan sahaja kepada kanak-kanak bahkan orang dewasa. Penat berkerja sepanjang minggu pasti akan terubat sekiranya dapat meluangkan masa bersuka ria di sini bersama yang tersayang