Boleh dikatakan setiap daerah di Johor menyimpan keunikkannya yang tersendiri. Bagi Kluang pula, tarikan alam semula jadi, agro tourism, dan makanan tempatan menjadi daya penarik buat pelancong. Jika anda merancang untuk bercuti di Johor, singgahlah ke Kluang. Banyak tempat tempat menarik di Kluang yang bakal menceriakan percutian anda.

Kluagn terletak di bahagian utara Johor. Jika anda dari Johor Bahru (JB) , jarak perjalanan dari JB ke Kluang 106km. Iaitu memakan masa selama 1 jam 25 minit pemanduan.

Anda boleh memilih untuk memandu atau menaiki bas dari JB. Harga tiket bas berjumlah RM10.80 sahaja.

Tanpa membuang masa jom kita lihat antara tempat menarik di Kluang!

#1 UK Farm Agro Resort

Terletak kira-kira 15 km dari pekan Ayer Hitam, UK Farm Agro Resort (UK Farm) menjadi destinasi percutian yang unik. UK Farm merupakan sebuah ladang ternakan dan pertanian bertaraf antarabangsa.

Ia bukan sekadar ladang biasa, tetapi dibuka kepada orang ramai untuk merasai suasana kampung, ladang, dan melihat haiwan ternakan.

Oleh kerana kawasannya yang luas, beberapa buah mini bus di disediakan untuk membawa pengunjung dari satu tarikan ke tarikan yang lain. Malah, terdapat cafe di mana segala bahan mentah adalah dari ladang ini sendiri.

Persekitarannya juga unik. Ramai juga photographer menjadikan lokasi ini sebagai tempat photoshoot di Kluang.

Ia adalah sebuah program di bawah seliaan Projek Pertanian Moden Kluang dan pantau oleh Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani. Anda pasti terpukau melihat bagaimana bersihnya ladang ternakan bak New Zealand ini. 

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di UK Farm adalah:

  • Melawat zoo mini
  • Memberi makan dan menyusukan kambing
  • Memberi makan kepada burung unta, itik, ayam, rusa serta arnab
  • Menunggang kuda
  • Night Tour

Teringin nak makan buah buahan tempatan? Anda boleh petik sendiri buah terus dari pokok. Tarikan Arked Tropika mempunyai tanaman seperti air kelapa pandan, betik, markisa, jambu batu dan jambu air, selain meninjau ladang sayuran hidroponik.

Menginap di UK Farm

UK Farm bukan sahaja menawarkan tarikan seperti meninjau haiwan. Bahkan percutian dalam ladang yang mampu inap.

Terdapat 19 unit chalet, asrama, serta dewan untuk ditempah oleh sekolah atau organisasi untuk tujuan seminar.

Alamat: Projek Pertanian Moden Kluang,, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor.

#2 Galeri Terompah Mastor

Ramai yang menyangka memakai terompah adalah fesyen lapuk. Namun jika kena pada gaya dan rekaannya, ia masih lagi boleh diterima dengan era sekarang.

Kalau anda nak tengok atau dapatkan terompah unik, anda boleh ke Galeri Terompah Mastor yang terletak di Jalan Benut, Simpang Renggam.

Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai jenis terompah di sini. Dari saiz, rekaan, dan warna yang berbeza.

Selain itu aksesori seperti topi, tali pinggang, dan sandal kulit juga turut dijual.

Hubungi: terompahmastor@gmail.com

Alamat: Jalan Benut, Simpang Renggam

#3 Hairie Food Industry

Hairie Food Industry merupaka sebuah premis menjual pelbagai jenis kudapan dan makanan ringan. Sudah menjadi kemestian sekiranya melancong di negeri orang, kita akan membeli kerepek sebagai buah tangan.

Di Hairie Food Industry, anda boleh pilih segala macam kerepek, jeruk, dan makanan tradisi Johor.

Kerepek yang berasas kan ubi dan pisang kebiasaannya menjadi pilihan ramai. Ia dijual dalam bentuk paket dan timbang. Memang sedap jika dimakan sewaktu menonton televisyen.

Alamat: TL 114, Jalan Benut Kg Dato Ibrahim Majid 86200 Simpang Renggam,Kluang

#4 Gunung Belumut

Berkedudukan 32 km dari bandar Kluang, Hutan Lipur Gunung Belumut menawarkan keindahan flora dan fauna yang mengagumkan. Gunung Belumut ini mendapat namanya dari batu-batu gunung yang licin dan berlumut.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah jungle trekking, berkhemah, dan bermandi manda di kawasan air terjun.

Kawasan air terjun ini sentiasa menjadi pilihan orang ramai untuk berkelah kerana airnya jernih.

Alamat: Felda Ulu Dengar, Kluang, Johor Darul Ta’zim.

#5 Gunung Lambak

Jika anda seorang yang gemar mendaki, nama Gunung Lambak pasti sudah tidak asing lagi. Ia menjadi tumpuan pendaki Malaysia.

Kalau anda sekadar datang untuk jalan jalan pun boleh. Terdapat laluan pejalan kaki di sediakan di kawasan rekreasi.

Menariknya, di sini ada sebuah taman tema air mini di Taman Rekreasi Gunung Lambak. Taman tema ir ini menjadi tempat mandi di Kluang dan sentiasa menjadi tumpuan awam setiap hujung minggu serta cuti sekolah.

Tidak perlu risau akan soal keselamatan kerana air kolamnya cetek sahaja. Anak anak pasti suka!

Harga tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

#6 Kluang Mall

Kluang Mall merupakan salah satu tempat shopping di Kluang yang boleh anda tuju. Pusat membeli belah ini menempatkan pelbagai premis menjual pakaian, aksesori, restoran, serta pusat hiburan.

Persekitaran pussat membeli belah ini bertambah ceria di malam hari. Ini kerana banyak restoran, gerai, dibuka di sepanjang jalan. Ini menjadikannya sebagai tempat menarik di Kluang waktu malam.

Alamat: Jalan Rambutan, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

#7 Kluang Rail Coffee

Bercuti di Kluang tidak akan lengkap jika tidak singgah minum kopi di Kluang Rail Coffee. Aroma kopi buatan Kluang ini mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta. Bahkan ada yang datang dari setiap pelusuk Malaysia hanya untuk menikmati kopi di sini. Ia dikelaskan sebagai tempat menarik di Johor.

Tempat makan best di Kluang ini bukan sahaja menyajikan kopi. Tetapi hidangan tempatan lain seperti masakan panas, roti bakar, dan telur separuh masak turut dijual.

Suasana premis ini turut menjadi faktor keistimewaannya. Minum kopi di sini membuatkan anda seolah olah berada di stesen keretapi.

Alamat: 20 & 21, 1st Floor & Ground Floor, Jalan Tasik 1, Pusat Perniagaan Tasik, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

#8 Laman Kreatif Kluang

Mural dan graffiti sudah sinonim dengan sektor pelancongan. Jika anda berada di Kluang, jangan lepaskan peluang untuk ke Laman Kreatif Kluang di Jalan Dato’ Kaptain Ahmad.

Banyak mural menarik yang boleh menjadi latar belakang foto kenangan anda. Kebanyakkannya menceritakan sejarah dan keunikan negeri Johor.

Alamat: 1956, Jalan Dato Kaptain Ahmad, Kampung Masjid Lama, 86000 Kluang, Johor

#9 Rassuria Dairy Goat Farm

Nak jaga kesihatan? Apa kata minum susu kambing yang segar dan tanpa bahan pengawet. Dah alang-alang anda berada di Kluang, apa kata ke Rassuria Dairy Goat Farm.

Di sini pengunjung boleh membeli susu kambing yang 100 peratus segar. Langsung tidak berbau.

Minuman yang menjadi kegemaran Rasulullah ini banyak khasiatnya. Harganya tak mahal pun. Cuma RM5 sebotol.

Alamat: Jalan Lapis Salman, Kg. Dato Ibrahim Majid,Jalan Benut Simpang Renggam

#10 Restoran Bariani Desa

Restoran Bariani Desa merupakan sebuah tempat makan best di Kluang. Menu utamanya sudah pasti nasi beriyani. Apa yang membuatkan ia popular adalah kerana nasinya yang lembut, gabungan beberapa kuah pekatnya yang menyelerakan.

Ditambah pula dengan aneka lauk yang ada seperti ayam goreng, ayam masak merah, paru, sotong goreng, dan lain lain.

Waktu operasi: 11am – 4pm |tutup pada Sabtu

Alamat: Jln Desa 1, Taman Desa, 86000 Kluang, Johor

Admin yakin tempat-tempat menarik di Kluang ini bakal menceriakan hujung minggu anda. Lihat sahaja senarai lokasi di atas, semuanya unik dan bakal membuatkan percutian anda lebih bermakna.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *